KALENDAR

Saturday, 19 October 2013 0 comments

Kalendar Tempahan Dan Kekosongan:

PERATURAN PENGINAPAN

0 comments

Peraturan yang perlu dipatuhi:

1.  Hanya tetamu Melayu Muslim yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.

2.  Jika tetamu yang berkumpulan, hendaklah lelaki berkumpulan sahaja begitu juga dengan kumpulan perempuan. Kumpulan campuran antara lelaki dan wanita adalah tidak dibenarkan sama sekali.


3.  Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah.


4.  Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh pihak berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.


5.  Menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah.


6.  Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir.


7.  Menjaga adab-adab kejiranan dan elakkan membuat bising pada larut malam.


8.  Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. 


9.  Jangan mengubah kedudukan perabot. 


Kerjasama dari anda amatlah dihargai ~

TEMPAT MENARIK BERDEKATAN

0 comments

Tempat-tempat yang boleh anda lawati di daerah Port Dickson ini ialah:


Ostrich Farm Port Dickson ( 3 min perjalanan )

Pusat penternakan burung kasawari yang terletak bersebelahan dengan Politeknik Port Dickson. Di sini, pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta.




Kompleks Baitul Hilal ( 4 min perjalanan )

Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang merupakan mercu tanda sebagai pusat kaji bintang kebanggaan umat Islam yang terbaik di rantau ini. Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutamanya bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.
Kompleks Baitul Hilal telah dinaik taraf sebagai pusat kaji bintang yang moden dan terunggul di rantau ini. Tetamu pasti teruja untuk mencerap dan meneropong jauh bintang-bintang, planet, langit dan cakerawala yang terdapat di angkasa. Sekiranya cuaca cerah, pengunjung pasti boleh melihat planet Zuhrah, Utarid, Neptune, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh yang berjuta-juta kilometer jauhnya dari bumi.





Pantai Port Dickson ( 6 min perjalanan )

Pantai perkelahan sekeluarga dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya seperti bermandi manda, menaiki bot, jet sky, memancing, meluncur dan sebagainya. Ia merupakan tempat terbaik untuk pengunjung bersantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Selain itu, di Dataran Kemang terdapat banyak kemudahan lain seperti tandas, surau, pentas, gerai makanan dan lain-lain. Untuk mereka yang suka mengambil gambar pantai pasti menjanjikan panorama senja yang menakjubkan.




Rumah Api Tanjung Tuan ( 7 min perjalanan )

Rumah Api yang dikelilingi hutan simpan ini telah dibina oleh Belanda pada tahun 1817.  Ia adalah rumah api yang tertua di Malaysia. Dari Rumah Api ini,  pengunjung dapat melihat sempadan laut Sumatera merentasi Selat Melaka.

Rumah Api Tanjung Tuan ini mempunyai panaroma yang cukup menarik di samping kepelbagaian hidupan flora dan faunanya. Ia juga terkenal sebagai santuari kepada 54 spesis burung dan merupakan tempat persinggahan kira -kira 300,000 burung setiap tahun.  Ianya amat sesuai bagi pencinta alam dan peminat burung.




Muzium Tentera Darat ( 12 min perjalanan )

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.

Ini diperakui sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Cetusan mewujudkan Muzium TD diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein. Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah TD.


Muzium ini terletak di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Ianya mudah dikunjungi kerana terletak di susur keluar Lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang.







Hutan Lipur Pasir Panjang ( 13 min perjalanan )


Satu-satunya hutan simpan rekreasi yang terletak di pinggir laut Negeri Sembilan. Tempat ini amat sesuai bagi pencinta alam kerana hutan ini terlalu kaya dengan flora dan faunanya. Di sini, terdapat pelbagai jenis spesis pokok balak dan pokok herba yang digunakan sebagai ubatan tradisional.

Kedudukannya di atas bukit yang menganjur ke pantai adalah daya tarikan utama bagi para pengunjung untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang wujud di sini.

Kemudahan yang disediakan di sini ialah wakaf tempat istirehat, jungle tracking, jogging track, kelong untuk memancing dan ternakan kupang, gerai makan serta tandas awam.




Extreme PD Buggy Trek ( 16 min perjalanan )

Merupakan satu-satunya lokasi khusus untuk peminat sukan lasak permotoran di negeri yang terkenal dengan adat perpatih itu. Secara purata, Extreme PD Buggy Trek dikunjungi 100 hingga 120 pengunjung sehari yang terdiri daripada pengunjung dari dalam dan luar negara. 

Extreme PD Buggy Trek menyediakan pelbagai permainan untuk dewasa dan kanak-kanak meliputi ATV, Buggy, Scrambler, Dirt Scooter, Mini Jeep, Sky Runner, Zorb Ball serta go-kart. Harga ditawarkan bergantung kepada jenis permainan, bermula dari RM10 dan ke atas malah pakej yang disediakan amat berpatutan.

Aktiviti rekreasi ini turut menitikberatkan aspek keselamatan menerusi penyediaan topi keledar, pemeriksaan kenderaan dari semasa ke semasa serta kehadiran marshall yang bertanggungjawab memantau keselamatan pengguna.








Medan Ikan Bakar ( 18 min perjalanan )


Bagi penggemar makanan laut jangan lepaskan peluang untuk menikmati hasil laut yang enak dan segar di sini. Medan Ikan Bakar yang terletak di Pasir Panjang menyediakan pelbagai hidangan dan sajian kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan. Jadi, tidak hairanlah medan ini sering menjadi pilihan pengunjung yang datang bercuti ke Negeri Sembilan.





Muzium Lukut dan Kota Lukut ( 25 min perjalanan)

Muzium ini mempamerkan sejarah kegemilangan Lukut pada awal kurun ke-19. Pada waktu itu ia terletak di Daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada tahun 1880.


Ia dibina berdasarkan reka bentuk Istana Melayu Bugis yang menjadi lambang kebanggaan Senireka Melayu Muzium ini terbahagi kepada 4 galeri:
- Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut

- Galeri Nassau
- Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional
- Galeri Negeri Sembilan Beradat









 
HOMESTAY BAITI KEMANG © 2011 | Designed by Interline Cruises, in collaboration with Interline Discounts, Travel Tips and Movie Tickets